PROGRAM LAWATAN INTERGRASI KELAB RAKAN MUDA KUBANG PASU BAGI TAHUN 2008.
3:08 AM by krmkp
Program ini telah diadakan pada 26hb sehingga 29 November 2008 yang telah disertai oleh 32 orang ahli kelab yang telah dipengurusikan oleh Mohd Aimran B. Mohd Roslan diiringi oleh penggerak kelab iaitu En Khairul Azhar B. Shuib.
Kami telah bertolak dari Bandar Darul Aman jam 9.00 malam terus ke Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya. Di situ kami telah diberi maklumat mengenai rakan muda dan juga membincangkan perkara-perkara yang dapat memantapkan kelab rakan muda ini. Ucapan ribuan terima kasih kami ingin berikan pada pihak KBS yang telah menerima kami serta telah memberi penerangan yang amat berguna.
Setelah selesai sesi taklimat itu kami telah menikmati jamuan dan melawat pejabat Kelab Rakan Muda di situ. Seterusnya kami pergi berehat dan bersantai di Alamanda Putrajaya. Perjalanan terus ke Komplek Kelab Rakan Muda Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kami telah disambut baik oleh pihak di sana serta diberi layanan yang istimewa. Pihak Kelab Rakan Muda di sana telah menganjurkan permainan futsal (friendly) dan pasukan kami telah menang 9-6. Syabas diucapkan kepada team futsal Labu Sayong (Kelab Rakan Muda Kubang Pasu).
Pada keesokkan paginya kami melawat Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Abdul Aziz Shah Al-Haj di Melaka. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah memberi sedikit taklimat mengenai Kelab Rakan Muda serta mengadakan aktiviti suai kenal antara rakan ahli dengan anak-anak yatim. Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka serta ikatan ukhwah dan silaturrahim terjalin antara kami seperti pepatah melayu "tak kenal maka tak cinta"..
Kemudian kami terus pergi melawat Kota Melaka Badaraya Sejarah. Begitu menarik pemandangan dan terdapat pelbagai lokasi sejarah di situ yang tak dapat kami lupakan. Setelah penat melawat pekan Melaka, kami telah mengadakan jamuan makan malam di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Kami bertolak pulang terus ke jitra pada pukul 11 malam dan sampai di Jitra pada pukul 6.30 pagi. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Progam Lawatan Intergrasi Kelab Rakan Muda Kubang Pasu 2008 secara langsung atau tidak langsung.
Sekian, terima kasih.