Kelab Rakan Muda Kubang Pasu

PROGRAM LAWATAN INTERGRASI KELAB RAKAN MUDA KUBANG PASU BAGI TAHUN 2008.

3:08 AM by krmkp

Program ini telah diadakan pada 26hb sehingga 29 November 2008 yang telah disertai oleh 32 orang ahli kelab yang telah dipengurusikan oleh Mohd Aimran B. Mohd Roslan diiringi oleh penggerak kelab iaitu En Khairul Azhar B. Shuib.
















Kami telah bertolak dari Bandar Darul Aman jam 9.00 malam terus ke Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya. Di situ kami telah diberi maklumat mengenai rakan muda dan juga membincangkan perkara-perkara yang dapat memantapkan kelab rakan muda ini. Ucapan ribuan terima kasih kami ingin berikan pada pihak KBS yang telah menerima kami serta telah memberi penerangan yang amat berguna.


















Setelah selesai sesi taklimat itu k
ami telah menikmati jamuan dan melawat pejabat Kelab Rakan Muda di situ. Seterusnya kami pergi berehat dan bersantai di Alamanda Putrajaya. Perjalanan terus ke Komplek Kelab Rakan Muda Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kami telah disambut baik oleh pihak di sana serta diberi layanan yang istimewa. Pihak Kelab Rakan Muda di sana telah menganjurkan permainan futsal (friendly) dan pasukan kami telah menang 9-6. Syabas diucapkan kepada team futsal Labu Sayong (Kelab Rakan Muda Kubang Pasu).
































Pada keesokkan paginya kami melawat Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Abdul Aziz Shah Al-Haj di Melaka. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah memberi sedikit taklimat mengenai Kelab Rakan Muda serta mengadakan aktiviti suai kenal antara rakan ahli dengan anak-anak yatim. Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka serta ikatan ukhwah dan silaturrahim terjalin antara kami seperti pepatah melayu "tak kenal maka tak cinta"..




















Kemudian kami terus pergi melawat Kota Melaka Badaraya Sejarah. Begitu menarik pemandangan dan terdapat pelbagai lokasi sejarah di situ yang tak dapat kami lupakan. Setelah penat melawat pekan Melaka, kami telah mengadakan jamuan makan malam di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Kami bertolak pulang terus ke jitra pada pukul 11 malam dan sampai di Jitra pada pukul 6.30 pagi. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Progam Lawatan Intergrasi Kelab Rakan Muda Kubang Pasu 2008 secara langsung atau tidak langsung.



















Sekian, terima kasih.

| 10 comments

10 Comments:
  • terbaik.........
    letak gambaq aku elok2 sket n besaq2..
    hidup arop...
    hidup labu sayong...
    hidup rakan muda kbg pasu...

    By Blogger lanyuri, at November 30, 2008 at 8:37 AM  

  • sumpah kacak sial
    terbaik dari ladang
    peace
    ngeee

    By Blogger plankton, at November 30, 2008 at 8:40 AM  

  • perrrr....ladys choice
    memg gembel lah...
    labu sayong dlm ksusahan...
    mari bantu dpa...
    pa yg pntng keja sma.....

    By Blogger madronney, at November 30, 2008 at 8:43 AM  

  • hidup majid.eehehe
    gilak.. ramai gilak buat blog.

    By Blogger krmkp, at December 1, 2008 at 4:29 AM  

  • korang boleh buatkan myspace skali tak.. blog ini dah ok.. kalo ade myspace lagi bagus boleh link dalam blog korang jugak ok. ini blog rakan muda kbs (http://rakanmudakbs.blogspot.com) dan myspace (www.myspace.com/400984133) kita communicate dalam ruang ini ok.. tq! mahadir

    By Blogger rakanmudakbs, at December 4, 2008 at 6:05 PM  

  • halooo...kengkawan..bagusla ikut mcm geng pak lang ni...tak yah la jadi pencurik vespa..penagih dadh.. dan sebagaiya...arioss

    By Blogger anuat hoya, at December 25, 2008 at 6:25 AM  

  • assalamualikum....tahniah diatas blog kelab anda...teruskan perjuangan selagi kita di perlukan...Aramaitti...KRM SIPITANG ingat june....0195802696

    By Blogger KRM SIPITANG, at January 27, 2009 at 11:51 PM  

  • aktvti rakan muda kubang pasu mmg best...
    kmi nk join lg arr...
    exam da nk abeh ny...
    yessss......

    By Blogger myra changlun, at December 1, 2009 at 1:36 AM  

  • haa pak lang jgn lupa cntc2 kmi taw....
    kmi nk join lg pasny....
    mst bezzzz.....

    By Blogger myra changlun, at December 1, 2009 at 1:45 AM  

  • Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    By Blogger Fakeh, at September 14, 2010 at 1:43 AM  

Post a Comment
<< Home